Wednesday, September 09, 2009

SEJARAH PENUBUHAN TKRS SK DUSUN NANDING

Sejarah PenubuhanTunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) SK Dusun Nanding

Setiap sesuatu mesti ada permulaan, melainkan Allah Yang Maha Agung, TKRS SKDN tertubuh pada bulan April 2003, yang mana di cadangkan penubuhannya oleh En. Latif Hamzah ( Pk KOKO ).Bergerak dari cadangan itu maka tertubuhlah TKRS SKDN yang mana dipimpin oleh En. Muhd Hazizan Mat Lazim.

Dalam masa setahun saja kami telah menjadi tunjang badan uniform SKDN , kerana kami mempunyai keahlian seramai lebih kurang 200 orang ahli , sehingga tahun- tahun selepas itu sekolah terpaksa menghadkan keahlian TKRS SKDN.

TKRS sekolah banyak melibatkan dalam aktiviti-aktiviti sekolah,daerah malah negeri. Ini terbukti pada tahun 2004, 12 orang ahli kami terpilih untuk mengikutu Perkhemahan Peringkat Daerah, dan 8 orang telah terpilih mewakili Daerah ke Peringkat Negeri Selangor, begitulah tahun seterusnya. Pada tahun 2006, 2 orang ahli TKRS SKDN terpilih meakili Selangor ke Perkhemahan TKRS Peringkat Kebangsaan iaitu adik Azri dan Adik Marliana dan yang paling di banggakan lagi mereka berdua telah memenangi pertandingan yang diadakan semasa perkhemahan tersebut. Adik Azri telah memenangi pertandingan Kawad Kaki Individu dan adik Marliana memenangi pertandingan Kebombaan.pada tahun ini ( 2009 ) 3 orang ahli TKRS SKDN telah dipilih ke Perkhemahan Badan Beruniform Peringkat Kebangsaan mereka adalah Adik Iffah Fitri, Adik Nabila dan Adik Afifah.

Tahun 2004 juga adalah tahun kegemilangan TKRS SKDN kerana telah Berjaya mewakili DAERAH HULU LANGAT dalam pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri Selangor,yang mana sebelum itu kami telah memenangi pertandingan peringkat daerah.kedua-dua pasukan kawad Putera Dan Puteri telah mewakili daerah Hulu Langat, yang paling manis semasa Pertandingan tersebut ,kami memenangi tempat
ke-2 bagi kategori Puteri danke-4 kategori Putera, manakala ketua platun Puteri , Adik Ira Farhana menjadi Ketua Platun Terbaik Negeri Selangor.Sehinggalah sekarang kami masih mewakili Daerah dalam pertandingan Kawad Kaki melainkan tahun 2009, kerana jurulatih menumpukan dalam bidang sukan. Insyaallah tahun 2010 SKDN akan kembali berkawad.

Sekarang TKRS SKDN mempunyai 4 orang yang berpangkat KOPRAL dan 8 orang yang berpangkat LANS KOPRAL.

Bermula tahun 2007 juga guru pembimbing TKRS SKDN dinaikkan pangkat ke LEFTENAN KRS serta dilantik sekteriat KRS Daerah Hulu Langat sebaagai KJ TKRS Daerah Hulu Langat.

No comments:

Post a Comment