Wednesday, September 16, 2009

TATACARA PERGERAKAN SEMASA PERTANDINGAN KAWAD KAKI


Bil
Pergerakan Keterangan Bahasa Hukuman Catatan
a Pergerakan Masuk Gelanggang Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke gelanggang pertandingan dalam tiga barisan, berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di tengah-tengah di hadapan Ketua Hakim.

i. Baris sedia...

ii. Berkerak ke kanan/kiri, kanan/kiri…pusing.

iii. Dari kanan/kiri.....cepat jalan.

iv. Skuad…henti.

v. Menghadap hadapan kanan/kiri…pusing.
i. Kadar cepat jalan ialah 120 hingga 128 langkah seminit.

Kedudukan setelah berhenti mestilah di tengah-tengah bahagian hadapan gelanggang (dalam gelanggang)


b Menghadap hadapan Setelah sampai di hadapan Ketua Hakim, menghadap ke hadapan dan buka barisan. i. Menghadap ke hadapan, kanan/kiri.....pusing.

ii. Buka barisan.....gerak.

c Melapor kekuatan Ketua perbarisan berjalan hingga ke hadapan Ketua Hakim dan melapor kekuatan. Setelah melapor, Ketua Platun kembali ke kedudukan asal dan bersedia mempersembahkan kawad statik. (Semasa Ketua Platun melapor)

Assalamualaikum tuan, atau Selamat sejahtera tuan,
Pasukan Kadet Remaja Sekolah L4 (contoh) siap untuk diuji tuan.

d. Kawad Statik Memulakan kawad statik setelah hukuman tutup barisan.

Memberikan lima kawad statik secara berurutan iaitu
i. ke kanan lurus

ii. menghadap ke kiri/gerak ke kiri
iii. menghadap ke kanan/gerak ke kanan.

iv. Menghadap ke belakang

v. Menghadap ke hadapan Tutup barisan....gerak


i. Ke kanan....lurus. Pandang...depan

ii. Bergerak ke kiri, kiri....pusing

iii. Bergerak ke kanan, belakang..... pusing

iv. Menghadap ke belakang, belakang....pusing

v. Menghadap ke hadapan, belakang....pusing.

e Kawad Dinamik

1. Memulakan kawad dinamik.

2. Berjalan dalam masa cepat jalan

3. Tukar langkah perlahan

4. Menghadap ke hadapan semasa perlahan jalan

5. Buka barisan semasa pelahan jalan dalam barisan melintang

6. Pandang kanan dan pandang depan semasa perlahan jalan dalam barisan melintang

7. Tutup barisan semasa perlahan jalan dalam barisan melintang

8. Bergerak ke kiri semasa perlahan jalan

9. Tukar langkah cepat

10. Hormat ke kanan

11. Hormat kehadapan

12. Tukar langkah semasa berjalan

13. Hormat selaku terima sijil

14 Tukar langkah perlahan

15. Bergerak ke kanan

16. Tukar langkah cepat

17. Bergerak ke kiri

18. Menghadap ke belakang

19. menghadap ke hadapan

20. Hentak kaki

21. Henti

22. Mara mengadap

Platun akan melakukan kawad dinamik. Memberikan hukuman ke kiri pusing sebagai isyarat memulakan kawad statik.

Berjalan sebanyak satu pusingan.


Di beri setelah platun melepasi kon D dan sebelum sampai kon A.

Setelah sampai ke kon F (Hijau) berikan ‘kiri belok’ dan apabila melepasi kon F berikan hukuman ‘menghadap hadapan’.
Platun akan perlahan jalan dalam keadaan barisan melintang melintasi kedudukan Ketua Hakim.

Semasa buka barisan, barisan hadapan terus berjalan, barisan tengah dua kali hentak kaki dan barisan belakang empat kali hentak kaki.

Pandang kanan dan pandang depan mestilah pada kedudukan antara tengah-tengah gelanggang.


Sebelum sampai antara Kon B dan C.

Apabila melepasi kon B dan C

Apabila sudah belok di kon C ke kon D.
Berjalan hingga ke kon D (belok kiri) dan ke kon E (belok kiri).

Pergerakan ke 10 hingga ke 13 dalam cepat jalan. Dilakukan antara kon Adan E ke kon B dan C.

Memulakan langkah perlahan

Kembali langkah cepat

1. Bergerak ke kiri, kiri....pusing

2. Dari kanan, cepat jalan

3. Tukar langkah perlahan, perlahan....jalan

4. Menghadap ke hadapan, kanan.....pusing.

5. Buka, barisan.

6. Pandang....kanan.
Pandang....depan

7. Tutup, barisan.

8. Bergerak ke kiri, kiri....pusing

9. Tukar langkah cepat, cepat.....jalan

10. Hormat ke kanan.....hormat

11. Hormat ke hadapan.... hormat

12 Tukar langkah semasa berjalan,
Tukar langkah, tukar langkah,
Tukar langkah.

13 Hormat selaku terima sijil, hormat ke hadapan....hormat.

14. Tukar langkah perlahan, perlahan.....jalan.

15. Bergerak ke kanan, belakang....pusing.

16. Tukar langkah cepat, cepat jalan.

17. Bergerak ke kiri, belakang.....pusing.

18. Menghadap ke belakang, kiri....pusing.

19. Menghadap ke hadapan, belakang pusing.

21.Hentak, kaki.

22. Skuad.....henti.

23. Skuad akan mara mengadap, dari tengah, cept jalan.

f Kawad Formasi

1. Formasi 1
2. Formasi 2
3. Formasi 3
4. Formasi 4













Menamatkan kawad formasi

Melakukan kawad formasi sekurang-kurangnya empat jenis formasi.

Jika melakukan lebih daripada empat jenis kawad formasi, pilih jenis formasi yang memberikan markah tertinggi.













Ketua Platun Memberikan hukuman kawad . Tidak dibenarkan menggunakan bahasa hukuman atau isyarat yang menjadi tanda arahan.
















Contohnya; Ke kanan....lurus.

g Melapor Keluar Ketua Platun akan meluruskan barisan, buka barisan dan melapor kepada Ketua Hakim yang menunggu.

Ke kanan...lurus.
Pandang.....depan.
Buka barisan.....gerak.
‘Assalamualaikum / Salam sejahtera tuan, pasukan L2 siap menjalani ujian, minta kebenaran menjalankan tugas lain tuan.. terima kasih tuan.”

Bergerak ke kiri, kiri...... pusing.
Skuad akan berjalan keluar, dari kanan, cepat jalan.



Monday, September 14, 2009

RANCANGAN TAHUNAN TKRS SKDN 2009

BULAN MINGGU AKTIVITI RUJUKAN

JAN

1 Kawad
- Kawad Asas Statik
Kerohanian
- menyanyi 2 lagu nasihat Rujuk buku panduan KRS dan TKRS m/s72


2 Kawad
- Kawad Asas Dinamik
Kerohanian
- Mengarang satu cerita mengenai nilai murni. (80 – 100 pp )
Rujuk buku panduan KRS dan TKRS m/s84


FEB

3 Kawad
- Hormat ke kiri / kekanan hormat
Kerohanian
- Mengarang satu kisah Nabi ( 50 – 80 pp )
Rujuk buku panduan KRS dan TKRS m/s103





4 Kawad
- Hormat ke hadapan hormat
Kerohanian
- Mengarang satu cerita perayaan kaum di Malaysia ( 80 – 100 pp )
Rujuk buku panduan KRS dan TKRS m/s103


MAC

5 Kawad
- Hormat selaku terima sijil / hadiah
Kerohanian
- Menghafaz ayat Kursi atau Doa selepas solat
Rujuk buku panduan KRS dan TKRS m/s104


6 Kawad
- Kawad ( ulangkaji )
Kerohanian
- buku skrap ( tempat beribadat kaum di Malaysia )
Rujuk buku panduan KRS dan TKRS m/s72 /84


APR

7 Kawad
- Kawad ( Ulangkaji )
Ketatanegaraan
- Menyanyikan satu lagu patriotik
- Mengenal latar belakang 3 pemimpin utama negeri / negara
Rujuk buku panduan KRS dan TKRS m/s42


8 Kawad
- Berkebolehan mengendalikan skuad serta memberi arahan dan perintah kawad statik dan dinamik dengan betul. Rujuk buku panduan KRS dan TKRS m/s72/84


MEI

9 Kawad
- Kawad ( Ulangkaji )
Ikatan Tali
- bina satu gejet mudah/namakan jenis ikatan Rujuk buku panduan KRS dan TKRS m/s72 dan 44


10 Kawad
- Kawad ( Ulangkaji )
Bantu Mula
- Teori dan amali usungan Rujuk buku panduan KRS dan TKRS m/s 84 dan 45


JUN

11 Kawad
- Kawad ( Ulangkaji )
Khidmas
- Wawancara seorang pemimpin / tokoh tempatan Rujuk buku panduan KRS dan TKRS m/s 72 dan 47


12 Kawad
- Kawad ( Ulangkaji )
Alam Sekitar
- Membantu mengendalikan satu projek kitar semula / projek keceriaan sekolah
Rujuk buku panduan KRS dan TKRS m/s 84 dan 48


JUL

13 Kawad
- Kawad ( Ulangkaji )
Keusahawanan
- Menghasilkan kraftangan daripada bahan terbuang
Rujuk buku panduan KRS dan TKRS m/s 72 dan 49


14 Kawad
- Kawad ( Ulangkaji )
Keusahawanan
- Masakan ( Latihan amali ) Rujuk buku panduan KRS dan TKRS m/s 84 dan 49


OGOS

15 Kawad
- Kawad ( Ulangkaji )
Kebudayaan
- Mengendalikan satu persembahan kebudayaan.
- Mengenali alat-alat muzik tradisional Rujuk buku panduan KRS dan TKRS m/s 72 dan 46


16 Kawad
- Kawad ( Ulangkaji )
Nilai – nilai Murni
- Menyenaraikan 10 nilai murni
- Pengukuhan Amalam Nilai-nilai Pendidikan Agama / Moral Rujuk buku panduan KRS dan TKRS m/s 84 dan 41


SEPT

17 Kawad
- Kawad ( Ulangkaji )
Perkhemahan
- Kraf Perkhemahan
- Konservasi ( Pemuliharaan ) Rujuk buku panduan KRS dan TKRS m/s 72 dan 44


18 Kawad
- Kawad ( Ulangkaji )
Rekreasi
- Sukan dan permainan
- Orienteering Rujuk buku panduan KRS dan TKRS m/s 84 dan 46


OKT

19 Kawad
- Kawad ( Ulangkaji )
Asas Kebombaan
- Cara menyelamatkan diri
- Cara menggunakan alat pemadam api Rujuk buku panduan KRS dan TKRS m/s 72 dan 46


20 Kawad
- Kawad ( Ulangkaji )
Khidmas
- Gotong royong Rujuk buku panduan KRS dan TKRS m/s 84 dan 47



Sunday, September 13, 2009

ASAS- ASAS IKATAN TALI TEMALI

Berikut adalah antara ikatan-ikatan yang perlu ahli - ahli TKRS pelajari dalam sukatan TKRS yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.

BUNGA GETI BERGANDA



IKATAN BUNGA GETI


IKATAN MANUK



IKATAN MATA KAIL





IKATAN PENCURI




IKATAN TINDIH KASIH



IKATAN BELIT


IKATAN ANGKA LAPAN
Ini hanyalah sebahagian ikatan sahaja,banyak lagi ikatan - ikatan yang boleh dipelajari,tetapi hanya untuk SR hanya yang berikut sahaja asas ikatan dalam TKRS.


Wednesday, September 09, 2009

SEJARAH PENUBUHAN TKRS SK DUSUN NANDING

Sejarah PenubuhanTunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) SK Dusun Nanding

Setiap sesuatu mesti ada permulaan, melainkan Allah Yang Maha Agung, TKRS SKDN tertubuh pada bulan April 2003, yang mana di cadangkan penubuhannya oleh En. Latif Hamzah ( Pk KOKO ).Bergerak dari cadangan itu maka tertubuhlah TKRS SKDN yang mana dipimpin oleh En. Muhd Hazizan Mat Lazim.

Dalam masa setahun saja kami telah menjadi tunjang badan uniform SKDN , kerana kami mempunyai keahlian seramai lebih kurang 200 orang ahli , sehingga tahun- tahun selepas itu sekolah terpaksa menghadkan keahlian TKRS SKDN.

TKRS sekolah banyak melibatkan dalam aktiviti-aktiviti sekolah,daerah malah negeri. Ini terbukti pada tahun 2004, 12 orang ahli kami terpilih untuk mengikutu Perkhemahan Peringkat Daerah, dan 8 orang telah terpilih mewakili Daerah ke Peringkat Negeri Selangor, begitulah tahun seterusnya. Pada tahun 2006, 2 orang ahli TKRS SKDN terpilih meakili Selangor ke Perkhemahan TKRS Peringkat Kebangsaan iaitu adik Azri dan Adik Marliana dan yang paling di banggakan lagi mereka berdua telah memenangi pertandingan yang diadakan semasa perkhemahan tersebut. Adik Azri telah memenangi pertandingan Kawad Kaki Individu dan adik Marliana memenangi pertandingan Kebombaan.pada tahun ini ( 2009 ) 3 orang ahli TKRS SKDN telah dipilih ke Perkhemahan Badan Beruniform Peringkat Kebangsaan mereka adalah Adik Iffah Fitri, Adik Nabila dan Adik Afifah.

Tahun 2004 juga adalah tahun kegemilangan TKRS SKDN kerana telah Berjaya mewakili DAERAH HULU LANGAT dalam pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri Selangor,yang mana sebelum itu kami telah memenangi pertandingan peringkat daerah.kedua-dua pasukan kawad Putera Dan Puteri telah mewakili daerah Hulu Langat, yang paling manis semasa Pertandingan tersebut ,kami memenangi tempat
ke-2 bagi kategori Puteri danke-4 kategori Putera, manakala ketua platun Puteri , Adik Ira Farhana menjadi Ketua Platun Terbaik Negeri Selangor.Sehinggalah sekarang kami masih mewakili Daerah dalam pertandingan Kawad Kaki melainkan tahun 2009, kerana jurulatih menumpukan dalam bidang sukan. Insyaallah tahun 2010 SKDN akan kembali berkawad.

Sekarang TKRS SKDN mempunyai 4 orang yang berpangkat KOPRAL dan 8 orang yang berpangkat LANS KOPRAL.

Bermula tahun 2007 juga guru pembimbing TKRS SKDN dinaikkan pangkat ke LEFTENAN KRS serta dilantik sekteriat KRS Daerah Hulu Langat sebaagai KJ TKRS Daerah Hulu Langat.

SEJARAH PENUBUHAN KRS DAN TKRS

SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS )

Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL , berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.

Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan . Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah , Kajang , Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet . Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA - PUTERI ISLAM ( KPIM ) . Walau bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS)

Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah­-Pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh yang berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS ) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telah diiaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah , Jalan Kepong, Kuala Lumpur.



SEJARAH PENUBUHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH ( TKRS )

Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (perintis ) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal ( sekolah rendah ). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah ( KRS ). Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah ( TKRIS ). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah. Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah secara rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato’ Noh b. Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006.